Kalau dah namanya perempuan, macam mana ganas pun career kita pastinya tak akan dapat menyorok dari kelembutan seorang perempuan. Begitu juga saya, menceburkan diri dalam bidang kejuruteraan bukanlah sukar bagi saya kerana minat yang begitu mendalam sejak di Universiti. Bertahun-tahun lamanya menimba ilmu sehingga saya mula menyedari dengan umur yang semakin meningkat ini ke manakah harus saya melabuhkan diri?
Alternatif apakah yang saya ada? Saya perlu berubah! Menyedari kehidupan hanya pinjaman dari Ilahi, saya perlu keluar dari kotak pemikiran yang sempit ini. Sehingga saya mula menyedari begitu banyak angan-angan yang lampau bermain-main di kotak fikiran. Mengapa saya tidak lakukan dari dulu? Inilah yang dikatakan Hikmah di sebalik takdir Allah. Dia adalah sebaik-baik perancang. Saya pernah gagal, berjaya, gagal kembali, bangun kembali sehinggalah saya sedar bahawa tiada perkara yang manis dalam mencipta kejayaan melainkan menempuh kegagalan terlebih dahulu,
Kini saya menyedari, tiada yang dapat mengubah diri kita melainkan kita sendiri. Kepada Allah saya sentiasa memohon agar diberikan jalan dan kemudahan untuk saya meneruskan perjuangan ini. Nasihat saya, jangan kesal dengan laluan yang pernah kamu lalui dahulu jika ia gagal kerana ia adalah jalan untuk laluan kamu yang sekarang. Sentiasa positifkan diri, dan jangan sesekali takut menempuh cabaran.
No comments:
Post a Comment