From This Moment On..

From This Moment On..

Tuesday, December 22, 2015

Ahaaa...Produk terlaris WJ Patisserie

Assalamualaikum semua, ingat tak entry lepas WJ janji nak beritahu produk patisserie yang WJ tengah usahakan..ok kat sini lah WJ bermula..

WJ memang suka tengok orang baking..nampak sedap, cantik..n surely sedap kan. Sampailah WJ rasa nak belajar ilmu baking ni untuk WJ punya bisnes. Bila ahli keluarga WJ sendiri kata WJ ni masak sedap, baking sedap..apa salahnya kan kembangkan menjadi bisnes yang boleh manfaatkan kepada orang lain.

Sebenarnya WJ bukan minat cooking & baking je, banyak juga perkara lain yang WJ tengah dok fikirkan..cuma maklumlah kan, bila anak-anak masih kecil ni kenalah kita pandai bahagikan masa untuk mereka juga. Jadi kena fahamlah kan kenapa WJ kadang-kadang terberhenti lama menulis..hihi..jauh pulak WJ melalut ni..

Ok, berbalik cerita tadi, produk pertama yang WJ cuba ketengahkan ialah Brownies WJ lah kan..
Sebenarnya dulu WJ suka sangat American Brownies dari Secret Recipe..kalau pergi makan kat situ, mesti WJ nak satu slice. Kemudian WJ tertanya-tanya juga, hebat kejadiannya..dah la sedap, kemudian chewy-chewy je bila kunyah..memang heaven la orang kata..jadi WJ pun dok google lah macam mana agaknya resepi brownies ni..

Zaman IT ni, semua dihujung jari..google jelah apa-apa..confirm keluar..tiba-tiba ada orang share joyofbaking.com kat fb..terus WJ buka..tengok dalam tu best gila..macam-macam resepi dari Stephanie George siap ada video lagi. Jadi WJ pun tengoklah resepi brownies..memang simple sangat orang kata..hihi

Esoknya balik kerja WJ terus pergi cari bahan di kedai bahan kek.. Ok masa ni memang WJ zero basic ok..WJ cuma nak cuba je. So malam tu lepas beri suami dan anak makan, buatkan nescafe panas suami, WJ start buat..WJ ikut sebiji macam yang dalam video. Bakar pun dalam oven baru beli..

Ting! Baking time off! Dah siap..berdebar tengok..ok cucuk sikit dengan lidi..kata Stephanie, atas mesti ada kerak, dalam mesti moist crumb sikit..ok, nampak macam jadi..so keluarkan, biarkan sekejap dan WJ terus potong-potong slices...terus WJ ngap satu, ermm..macam tak percaya..kenapa sedap sangat ni..eh jadi ke ni?

Ok, tak puashati lagi ye..terus WJ suruh suami cuba..suami kata sedap..wahh!! Oh alhamdulillah.. First attempt dan sangat sedap. Ok sebab tak puashati lagi, esok bawak pergi kerja beri kawan perempuan dan lelaki rasa..macam tak percaya semua kata sedap..hihi..Alhamdulillah.. WJ Syukur sangat.

Apa-apapun nasihat WJ, bila kita buat setiap perkara dengan ikhlas, senyum, tak marah-marah pastinya kerja kita tu akan berhasil dengan baik..ok WJ kongsikan pada semua inilah ilham kepada tertubuhnya bisnes WJ Patisserie..Alhamdulillah..

Wednesday, November 25, 2015

Begitu Lama Tertangguh

Lama juga WJ terhenti berblog ye..hihi.. pejam celik dah nak masuk Hujung Tahun 2015. Ok, untuk tidak dipanjangkan cerita blog WJ ni dicipta untuk pelbagai perkara. WJ ingat nak buat untuk cerita kehidupan tiba-tiba WJ mula berjinak-jinak dengan bisnes kecil-kecilan. Jadi WJ ingat nak open to all things yang best-best je kat sini.

Sekarang ni WJ tengah sibuk design logo syarikat, fikirkan bagaimana nak kembangkan perniagaan. WJ pun banyak benda kena belajar ni. Maklumlah nak berniaga ni kena ada ilmu, tak boleh main taram je kan. Sekarang ni WJ pun bergerak berkumpulan. Dalam kumpulan WJ ada yang suka baking, textile..ada juga yang suka ternakan dan Garden. Ok, nanti ada masa WJ cerita panjang apa yang WJ tengah bina sekarang ni ye. Tapi untuk yang terbaru, WJ keluarkan produk patisserie. 


So sekarang Wadihana Jauhar Patisserie adalah salah satu naungan WJ sendiri. Dalam WJ Patisserie ni macam-macam produk bakery yang bakal dikeluarkan. Salah satu yang sedang mendapat sambutan ramai ialah pelbagai Cookies dan Cake. Ok, nanti ada masa WJ Patisserie upload pictures Cookies and Cake ye..hihi..

Sunday, March 22, 2015

Permulaannya Di Sini (Part II)

Kalau dah namanya perempuan, macam mana ganas pun career kita pastinya tak akan dapat menyorok dari kelembutan seorang perempuan. Begitu juga saya, menceburkan diri dalam bidang kejuruteraan bukanlah sukar bagi saya kerana minat yang begitu mendalam sejak di Universiti. Bertahun-tahun lamanya menimba ilmu sehingga saya mula menyedari dengan umur yang semakin meningkat ini ke manakah harus saya melabuhkan diri? 

Alternatif apakah yang saya ada? Saya perlu berubah! Menyedari kehidupan hanya pinjaman dari Ilahi, saya perlu keluar dari kotak pemikiran yang sempit ini. Sehingga saya mula menyedari begitu banyak angan-angan yang lampau bermain-main di kotak fikiran. Mengapa saya tidak lakukan dari dulu? Inilah yang dikatakan Hikmah di sebalik takdir Allah. Dia adalah sebaik-baik perancang. Saya pernah gagal, berjaya, gagal kembali, bangun kembali sehinggalah saya sedar bahawa tiada perkara yang manis dalam mencipta kejayaan melainkan menempuh kegagalan terlebih dahulu, 

Kini saya menyedari, tiada yang dapat mengubah diri kita melainkan kita sendiri. Kepada Allah saya sentiasa memohon agar diberikan jalan dan kemudahan untuk saya meneruskan perjuangan ini. Nasihat saya, jangan kesal dengan laluan yang pernah kamu lalui dahulu jika ia gagal kerana ia adalah jalan untuk laluan kamu yang sekarang. Sentiasa positifkan diri, dan jangan sesekali takut menempuh cabaran. 




Saturday, March 21, 2015

Permulaannya Di Sini

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum sahabat dan bloggers semua, Alhamdulillah tercipta sudah blog saya ini. Sudah begitu lama saya impikan untuk membuat sebuah blog cuma masih belum kesampaian pada waktu itu. Namun sekarang saya sangat bersyukur kerana Allah memberikan kesempatan dan idea-idea yang cukup bernas untuk saya memulakan sebuah blog.

Sesungguhnya segala petunjuk itu hanya dari Allah swt. Dia yang berkuasa melorongkan kepada sesuatu perkara. Mudah-mudahan blog ini memberi manfaat dan kebaikan kepada saya dan sahabat semua di dunia dan akhirat..Aamiin.

Bermulanya dari angan-angan yang cukup tinggi sehingga memaksa saya jangan bertangguh lagi. Saya takut apabila kita berfikir terlalu lama tanpa bertindak ia akan berakhir dengan sesuatu yang sia-sia. Dulu, saya tercari-cari apakah sebab utama untuk saya menulis blog. Adakah hanya untuk berkongsi sesuatu yang boleh mengundang riak dalam diri? Kemudian saya terhenti..takut ia benar-benar berlaku pada diri saya. Dan sekarang minat itu datang kembali dengan kehendak Allah swt. Saya berharap dan berdoa semoga saya tidak lari dari landasan utama untuk menulis blog kerana setiap apa yang kita lakukan di dunia ini adalah untuk mencari keredhaan Allah swt.

Mengapa saya menulis blog?
Kerana saya minat menulis. Minat itu datang setelah Saya menjadi seorang penyelidik dan menerbitkan beberapa buah artikel untuk dibentangkan. Kemudian apabila menjadi seorang pensyarah di salah sebuah IPTA, saya tidak boleh lari dari membaca penulisan seperti report students, lab sheets, technical papers, thesis, dan work documentations.

Pengalaman menulis itu terlalu banyak sehingga pada satu tahap saya rasa bosan. Bukan bosan menulis tetapi bosan mengadap sesuatu yang serius sepanjang hari. Kemudian saya mula mencari sesuatu alternatif, bertanya pada diri apa yang saya minat selama ini? Saya suka membaca, saya suka menulis tetapi saya merasakan jiwa ini masih kosong. Saya perlu mengisi dengan sesuatu yang benar-benar saya minati.

Bersambung...